Rabu, 01 Januari 2014

Kuala Besut 51 pemuda dari kubu Umno sertai PAS

Harakahdaily  

Muhammad Faizal, 23 Jul 2013


BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.

Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.

"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di kubu kuat Umno itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.

Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.

"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.

"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.

"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.

Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.

"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan.
Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.
Read More..

Ibu murung ditembak mati

5 Okt 2013 myMetro

Washington: Kemurungan dialami selepas melahirkan anak tahun lalu menyebabkan seorang wanita akhirnya mati ditembak polis, semalam.
Miriam Carey dilaporkan memandu kereta dengan membawa anak perempuannya bersama sebelum merempuh penghadang di pekarangan Rumah Putih.
Miriam memandu kereta Sedan Infiniti itu hampir 435 kilometer dari rumahnya di pinggir Stamford ke Washington dan mencetuskan kegemparan.

Dia kemudian memandu laju selepas dikejar pasukan keselamatan sebelum dikepung dan ditembak mati.
FotoPOLIS menyekat laluan Constitution Avenue ekoran kejadian di Capitol Hills, Washington, kelmarin.

Anak perempuannya, Erica yang berada di tempat duduk belakang tidak cedera walaupun ejen Khidmat Rahsia dan polis Capitol melepaskan 15 das tembakan ke arah kereta itu.

Ibu Miriam, Idella Carey berkata, anaknya mengalami kemurungan lepas bersalin setelah melahirkan Erica Ogos tahun lalu.

Beberapa bulan selepas itu, katanya, dia jatuh sakit dan mengalami kemurungan sebelum dimasukkan ke hospital.

Bekas majikan Miriam pula berkata, wanita terbabit pernah mengalami kecederaan di kepala ketika jatuh tangga tahun lalu.

Katanya, apabila Miriam kembali bekerja selepas pulih, dia didapati hamil walaupun belum berkahwin.

“Di sebalik keadaan itu, Miriam kelihatan gembira,” katanya.

Pihak berkuasa berkata, ibu tunggal itu mempunyai sejarah penyakit mental tetapi tidak mengulas lebih lanjut.

Bekas ketua Miriam selama lapan tahun, Dr Steven Oken berkata, sepanjang lapan tahun dia mengenali wanita itu, Miriam sentiasa ceria.

Jiran tetangga pula menyifatkan Miriam sebagai wanita muda yang baik.

Gambaran itu berbeza dengan wanita yang menyebabkan anggota Kongres bersembunyi di bilik persalinan di Bangunan Capitol dan pelancong bertempiaran lari selepas dia memecut laju cuba memasuki pekarangan Rumah Putih kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Walaupun lokasi kejadian amat sensitif, Ketua Polis Capitol Kim Dine menyifatkan ia insiden terpinggir dan tiada kaitan dengan keganasan.

Saksi berkata, Miriam merempuh penghadang sementara dan melanggar ejen Perkhidmatan Rahsia yang cuba menghalangnya menyebabkan lelaki itu tercampak di belakang kereta.

Ejen terbabit kemudian melepaskan tembakan ke arah keretanya ketika dia membelok dan memecut melarikan diri.

Polis mengejarnya di jalan raya dekat Capitol Hill dan Miriam dikatakan memecut pada kelajuan 130 kilometer sejam. - Agensi
Read More..

Jadual Pembayaran Gaji 2013

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013 / Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2013 telah pun dikeluarkan. Admin share disini untuk makluman anda semua terutamanya yang badan kerajaan. Harap anda happy.




Read More..

Penyampai Berita Umum Letak Jawatan Di Depan TV

Penyampai Berita Umum Letak Jawatan Di Depan TV


Penyampai Berita Umum Letak Jawatan Di Depan TV - Maine : Dua penyampai televisyen untuk rancangan WVII di ABC, mengejutkan penonton apabila mereka mengumumkan meletak jawatan ketika mengakhiri rancangan berita petang.
Cindy Michaels dan Tony Consiglio, mengumumkan keputusan berkenaan susulan perbalahan dengan pihak pengurusan mengenai amalan kewartawanan.
“Malam ini merupakan malam terakhir saya dan Tony menyampaikan berita di stesen ABC ini.
“Selepas enam tahun, ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat berkongsi berita dengan anda,’’ kata Cindy.
Sementara Tony pula memberitahu, perletakan jawatan itu merupakan jalan terbaik yang perlu mereka lakukan.
Bagaimanapun alasan kenapa mereka meletak jawatan hanya dimaklumkan kepada pihak media sebaik pengumuman berkenaan dilakukan.
Dalam kenyataannya kepada Bangor Daily News, Cindy berkata, pihak pengurusan tidak menghormati kakitangan dan memperkecilkan mereka.
“Kami merasakan bahawa pihak pengurusan kurang pengetahuan dalam mengendalikan laporan berita. Sebagai pengarah berita saya tidak dibenarkan untuk mengstrukturkan semula dan mengarah mereka secara professional.
“Saya tidak dapat melakukan kerja saya dan kami diminta melaporkan berita yang tidak seimbang,’’ katanya.
Cindy memaklumkan dia akan meneruskan kariernya sebagai penulis dan akan menulis sebuah novel manakala Tony pula akan meneruskan kariernya dengan syarikat lain.
Pihak pengurusan stesen berkenaan bagaimanapun menafikan dakwaan Cindy, sebaliknya memaklumkan ABC telah melakukan banyak perubahan sepanjang 18 bulan lalu.
“Pihak pengurusan tidak terbabit dalam penghasilan berita setiap hari. Kami melakukan perubahan dengan pantas.
“Kadang kala seseorang itu meninggalkan kerjaya mereka kerana diminta berbuat demikian,’’ kata Naib Presiden dan Pengurus Besar WVII, Mike Palmer. – MyNewsHub
Read More..

England Kalah Lagi Afrika Selatan Kejut Sepanyol


England mengalami dua kekalahan berturut-turut di Wembley buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun selepas mereka tewas 0-1 kepada Jerman pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi tadi.

Penjaga gol, Joe Hart yang digugurkan dalam kesebelasan utama Manchester City kembali diturunkan menjaga gawang England sebagai salah satu daripada sembilan pertukaran pemain dibuat Roy Hodgson selepas England tewas 2-0 kepada Chile, Jumaat lalu.

Hart menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Jerman tetapi akhirnya terpaksa merelakan gawang England dibolosi satu gol menerusi tandukan pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker pada minit ke-39.

Sementara itu, di Johannesburg, Afrika Selatan berjaya mengejutkan Sepanyol 1-0 pada aksi persahabatan, awal pagi tadi di gelanggang sama Sepanyol meraih kejuaraan Piala Dunia 2010.

Gol Bernard Parker pada minit ke-56 sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Afrika Selatan dan pada masa sama kekalahan kedua Sepanyol untuk tempoh lebih tiga tahun.
Read More..

Memburu Anakonda Terbesar Di Dunia

Penyelam,France Benfi bertindak berani untuk merakamkan gambar-gambar seekor Anakonda sepanjang sembilan meter di sebuah sungai di Mato Grosso Do Sul, Brazil. Mujur bagi penyelam berkenaan,Anakonda berkenaan tidak berminat menyerangnya kerana kekenyangan, dipercayai selepas memakan Copybara,Tikus terbesar di dunia. Amaran ! jika anda geli atau fobia dengan ular sila jangan lihat gambar-gambar ini . . .








Read More..

8 Julai Abang Meninggal 9 Julai Abby Berkahwin…

Mengapa Abby-Farhan Perlu Nikah Di Thailand?

ABBY pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernikahannya dengan Farhan mendapat restu keluarga masing-masing. Justeru timbul persoalan, mengapa pernikahan mereka perlu berlangsung di Thailand?
Menurut salah seorang Forumer Cari, ibu bapa Abby masih ada di Lembah Keramat namun mereka sah tidak menghadiri hari bersejarah anak mereka pada 9 Julai lalu. Hal ini kerana ketika tarikh berkenaan, mereka sibuk dengan urusan pengebumian abang Abby yang meninggal dunia 8 Julai lalu. Apatah lagi, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda nazak sebelum tarikh itu lagi.
BACA: Al-Fatihah: Abang Abby Abadi Meninggal Dunia Kanser Otak
Sementara di pihak keluarga Farhan pula, sudah nyata pernikahan pasangan ini tiada masalah juga kerana 19 Julai lalu, Abby sempat berkongsi gambar dia pulang ke kampung halaman suaminya dan berbuka puasa bersama keluarga di sana.
Oleh itu jawapan paling tepat mungkin kerana seperti kenyataan Abby kepada Harian Metropada hari ini, dia mahu ‘memudahkan yang payah.
Apa pun, Abby sememangnya seorang yang tidak suka berahsia. Sudah pasti dia akan memperjelaskan hal ini tidak lama lagi. Biar bagaimana dia menyembunyikan sesuatu, akhirnya dia pasti akan berkongsi juga kebanyakan perkara.
Sebagai contoh selepas mengakui sudah bernikah dengan Farhan, dia mula mendedahkan gambar-gambar mereka bersama. Daripada gambar menghadiri ceramah PAS sampailah mengunjungi Tok Guru Nik Aziz untuk mohon restu, semuanya dimuat naik di laman Instagram.
Turut dikongsikan, SMS Farhan kepadanya beberapa jam sebelum mereka diijabkabul, selain gambar-gambar anak-anaknya bersama ‘abi’ baru mereka.
Read More..