Tampilkan postingan dengan label meninggal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label meninggal. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Penyiasat Persendirian P Balasubramaniam Meninggal
KUALA LUMPUR – Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Mendiang yang pernah menimbulkan kontroversi berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu dilaporkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.
Sebuah portal berita tempatan dalam laporannya hari ini memaklumkan PI Bala mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu.
Dia dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah pakatan pembangkang di Kota Bharu, Kelantan.
Mendiang bagaimanapun mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Dia kemudian bergegas ke klinik untuk mendapatkan bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.
Portal berita itu turut melaporkan Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa semasa dihubungi memaklumkan penyiasat persendirian itu sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu. – mynewshub.my
8 Julai Abang Meninggal 9 Julai Abby Berkahwin…
ABBY pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernikahannya dengan Farhan mendapat restu keluarga masing-masing. Justeru timbul persoalan, mengapa pernikahan mereka perlu berlangsung di Thailand?
Menurut salah seorang Forumer Cari, ibu bapa Abby masih ada di Lembah Keramat namun mereka sah tidak menghadiri hari bersejarah anak mereka pada 9 Julai lalu. Hal ini kerana ketika tarikh berkenaan, mereka sibuk dengan urusan pengebumian abang Abby yang meninggal dunia 8 Julai lalu. Apatah lagi, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda nazak sebelum tarikh itu lagi.
BACA: Al-Fatihah: Abang Abby Abadi Meninggal Dunia Kanser Otak
Sementara di pihak keluarga Farhan pula, sudah nyata pernikahan pasangan ini tiada masalah juga kerana 19 Julai lalu, Abby sempat berkongsi gambar dia pulang ke kampung halaman suaminya dan berbuka puasa bersama keluarga di sana.
Oleh itu jawapan paling tepat mungkin kerana seperti kenyataan Abby kepada Harian Metropada hari ini, dia mahu ‘memudahkan yang payah.
Apa pun, Abby sememangnya seorang yang tidak suka berahsia. Sudah pasti dia akan memperjelaskan hal ini tidak lama lagi. Biar bagaimana dia menyembunyikan sesuatu, akhirnya dia pasti akan berkongsi juga kebanyakan perkara.
Sebagai contoh selepas mengakui sudah bernikah dengan Farhan, dia mula mendedahkan gambar-gambar mereka bersama. Daripada gambar menghadiri ceramah PAS sampailah mengunjungi Tok Guru Nik Aziz untuk mohon restu, semuanya dimuat naik di laman Instagram.
Turut dikongsikan, SMS Farhan kepadanya beberapa jam sebelum mereka diijabkabul, selain gambar-gambar anak-anaknya bersama ‘abi’ baru mereka.
Senin, 30 Desember 2013
Orang Meninggal Terpilih Jadi Datuk Bandar Mexico
- 12 Julai 2013
Leninguer Raymundo Carballido Morales | AFP
OAXACA, KOMPAS.com — Seorang lelaki yang telah disahkan kematiannya hampir tiga tahun lalu telah memenangi pemilihan untuk jawatan Datuk Bandar di Negara Bagian Oaxaca di Mexico selatan, pada 7/7/2013 . Lelaki itu, Leninguer Raymundo Carballido Morales, memenangi pemilihan di sebuah kota kecil San Agustin Amatengo dengan keunggulan 11 suara sebagai kandidat dari koalisi parti-parti konservatif dan sayap kiri.
Namun, kini para penyiasat memeriksa apakah Carballido Morales telah memalsukan kematiannya sendiri pada 2010 demi menghindari penangkapan terkait dengan pemerkosaan beramai-ramai terhadap seorang wanita pada 2004.
Carballido Morales nyata-nyata masih hidup telah berkempen dalam pemilihan itu. Ia muncul dalam acara-acara publik dan memberikan wawancara kepada para wartawan. Namun, dua hari sebelum pemungutan suara, harian lokal Tiempo de Oaxaca melaporkan bahawa peguam kandidat itu telah menyampaikan sekeping surat kematian palsu kepada pihak berwenang pada 2010.
Dokumen itu, yang telah disahkan oleh seorang doktor, menyatakan bahawa Carballido Morales meninggal kerana "sebab-sebab alamiah" setelah koma akibat diabetes, lapor harian itu.
Iliana Araceli Hernandez, seorang pendakwa negara bagian untuk urusan kejahatan terhadap wanita, mengatakan bahawa pejabatnya meluncurkan satu penyiasatan menyusul laporan tersebut guna menentukan apakah satu jenayah telah dilakukan.
Pengarah Pencatatan Sipil Oaxaca, Aide Reyes, mengakui bahawa seorang petugas pelayanan masyarakat telah menandatangani dokumen itu dan bahawa pejabanya membuka sebuah penyiasatan.
Ketua Parti Revolusi Demokrat (PRD) yang berhaluan kiri, Rey Morales Sanchez, yang partinya menjadi sebahagian dari koalisi yang mendukung Carballido Morales, mengatakan kepada AFP bahawa jika datuk bandar terpilih itu melakukan jenayah, "Ia harus diganti".
Carbadillo Morales membuktikan sekali lagi bahawa dia masih hidup dan baik-baik saja pada malam sebelum pemilihan. Ia menulis di akaun Facebook-nya bahawa dia telah pergi ke pejabat pendakwa untuk meminta informasi berkaitan dengan kejadian yang terkait dengannya, yang benar-benar palsu.

Sumber : AFP
Editor : Egidius Patnistik
Langganan:
Postingan (Atom)