Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Kuala Besut 51 pemuda dari kubu Umno sertai PAS
Harakahdaily
| Muhammad Faizal, | 23 Jul 2013 |
BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)
Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.
Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).
"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.
"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di kubu kuat Umno itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.
Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.
"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.
"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.
"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.
Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.
"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan.
Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.
Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.

Rabu, 25 Desember 2013
Tan Sri Harussani Zakaria diharap jangan hentam PAS bela UMNO

berikut laporan Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/politik/mufti-hadi-harus-tarik-balik-amanat-1981-1.113302

Bagi pandangan saya
saya amat menghormati keilmuan Tan Sri dalam bidang agama tetapi saya amat kesal bila Tan Sri Harussani hanya hentam PAS tidak pula pada UMNO . Tindakkan sebagai tokoh mufti mesti adil , Tan Sri Harussani perlu menunjuk sikap keadilan dan amanah dengan ilmu beliau . Sebagai seorang mufti beliau perlu tegur yang salah tak kira dari PAS atau UMNO .
Kebelakangan ini Tan Sri Harussani seperti mufti kepada UMNO. Banyak kemungkaran pimpinan UMNO buat tidak pun disentuh oleh Tan Sri Harussani .Tiba-tiba Tan Sri Harussani muncul sebagai Tokoh Perkasa mendapat Anugerah Bintang Pahlawan Peribumi Perkasa .
Perkasa ini pertubuhan Asabiyah perkauman pelampau yang diharamkan agama , bagaimana Tan Seri seorang ulama boleh restuai Perkasa sedangkan mejoriti ulama menolak Perkasa ? Hairan saya .
Saya sangat tegas dengan Perkasa ,Perkasa adalah petubuhan haram , dosa jika kita sertai .
Begitu juga jika kita nak nilai siapa Ibrahim Ali ? Tak tahu agama , bab aqidah pun tak faham bagai mana seorang tokoh mufti boleh iktiraf Perkasa ?
Lebih -lebih lagi dalam perhimpunan itu ada baiah menangkan BN (seperti laporan http://malaysia-instinct.blogspot.com/2012/12/ahli-perkasa-bersumpah-baiah-menangkan.html)
Bagi saya , sebagai sorang mufti Tan Sri Harussani menjadi orang tengah menyatukan ummah bukan memihak kepada BN , jika ini jalan Tan Sri ambil lagi pecah belah ummah jadinya .
Peringatan umum !:
Rasulullah S.A.W Bersabda:
Kecelakaan pada umatku adalah kerana Ulamak Suk
(Hadis diriwayat Al-Hakimi)
Rosak dikalangan umat ku ialah ulamak yang zalim dan siabid yang jahil. Yang paling rosak ialah kejahatan ulamk suk dan yang sebaik2nya ialah kerana kebaikan ulama(akhirat)
( Hadis diriwayatkan oleh Adarimi)
Sinar Harian hari ini Tan Sri Harussani menyeru Presiden PAS tarik semula Amanat 1981
APA YANG TAK KENA DENGAN AMANAT INI ?
Soalan saya , apa yang tak betol dengan amanat ini ?
Sila nyatakan dimana tak kena ?
Bagi orang yang belajar ilmu Ahli Sunnah mesti tidak akan tolak perkataan ini .
Dalam kitab tauhid tak kira kitab arab atau jawi mesti sebut agama Islam itu adalah apa yang disampaikan oleh Rasul daripada hukum hakam . Maka hukum hakam yang bersangkut dengan kita orang mukalaf dalam soal Aqidah , Syariat( Fekah ) dan akhlak ( Tasauf) .
Jika ambil Aqidah saja tolak syariat rosak aqidah , jika ambil aqidah dan syariat sahaja tolak tasauf pun boleh rosak aqidah sebab semua ini berkait dengan hukum agama .
Jika asingkan politik dengan agama seperti orang UMNO kata " ulama mengajar di Masjid dah la , jangan masuk campur urusan politik " ini adalah fahaman yang salah .
Fahaman Ahli Sunnah Agama dan kehidupan tidak dapat dipisahkan . Jika pisahkan agama dengan kehidupan seseorang itu boleh jatuh kufur .
Jika tak puas hati dengan pandangan saya , saya menyeru supaya diadakan muzakarah bila-bila masa dimana sahaja Insyallah saya akan turun mempertahankn hukum Allah bukan presiden saya tetapi mempertahankan Hukum seperti yang ahli sunnah kehendaki , ramai masyarakat tidak faham kerana jasa UMNO selama 50 tahun lebih perintah negara tidak pedulikan ilmu agama untukb rakyat , ramai ulama digam kerana cakap yang haq .
Ramai orang tidak faham soal ini disebabkan kejahilan ilmu tentan fekah politik .
Lebih malang ulama UMNO hanya ajar hukum fardu ain bab ibadat sahaja sedangkan Fekah terbahagi 4 Ibadah seperti solat ,puasa , zakat, haji . Ke 2 Muamalat. Ke 3 Munakahat (nikah kahwin dalam islam). Ke 4 Jinayat (hukuman Islam kepada pesalah )
Jika tolak satu dari 4 ini maka seseorang itu akan sesat dan terkadang rosak aqidah.
Ramai ustaz UMNO tidak hurai semua ini , mereka hanya pandai perkatakan aqidah tetapi mereka tidak mengerti apa itu aqidah sebenar menurut aqidah ahli sunnah wal jamaah .
Langganan:
Postingan (Atom)