Tampilkan postingan dengan label dari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dari. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Harga Air Dibeli Melaka Dari Johor Naik 10 Sen


KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Melaka pada Khamis bersetuju membeli air mentah dari Johor pada harga 50 sen bagi setiap seribu gelen untuk tempoh lima tahun berbanding 40 sen sebelum ini.

Kenaikan itu berkuatkuasa 11 Ogos lepas.

Dalam perjanjian asal bermula 1993, Johor bersetuju untuk membekalkan air mentah kepada Melaka sehingga 2090, dan kadarnya tertakluk kepada semakan setiap 10 tahun.

Bagaimanapun berdasarkan satu perjanjian tambahan selepas itu, semakan boleh dibuat dalam tempoh lima tahun.

Melaka ketika itu membayar 20 sen bagi setiap seribu gelen air kepada Johor, dan kadar itu kemudian dinaikkan kepada 30 sen pada 1998 dan kepada 40 sen pada 2008, sehingga diperbaharui Khamis.

Perjanjian Tambahan Air Antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Melaka yang baharu itu, ditandatangani oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir Idris Haron dan rakan sejawatannya, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.

Majlis itu disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing iaitu Datuk Naim Abu Bakar (Melaka) dan Datuk Obet Tawil (Johor) di sini Khamis.

Naim turut menyerahkan cek berjumlah RM2 juta daripada Syarikat Air Melaka Bhd kepada Obet sebagai sebahagian bayaran perkhidmatan bekalan air mentah itu.

Sementara itu, Idris semasa berucap pada majlis itu berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk meminda terma Perjanjian Asal Air Sungai Muar bagi membolehkan kadar bayaran dinaikkan sebanyak 10 sen bagi Johor membekalkan air mentah sebanyak 35 juta gelen sehari kepada Melaka.

Beliau berkata pada asasnya, sumber air di Melaka masih terhad, dan perjanjian ini membolehkan Melaka memperoleh punca air mentah yang mencukupi agar krisis bekalan air seperti yang pernah berlaku di negeri itu pada 1991 tidak berulang.

Idris berkata selain hubungan akrab yang terjalin melalui perjanjian air mentah ini, beliau berharap kedua-dua kerajaan negeri dapat mengembangkan lagi kerjasama dalam memajukan kawasan-kawasan sempadan di antara Johor dan Melaka.

“Saya berharap agar kerjasama ini dapat diperkembangkan dengan memajukan kawasan-kawasan sempadan dalam sebarang bentuk seperti industri, pertanian ataupun pelancongan bagi membolehkan kedua-dua negeri mendapat faedah secara langsung,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin pula berkata pihaknya akan terus memastikan bekalan air mentah ke Melaka mencukupi berdasarkan terma-terma yang dipersetujui dalam perjanjian itu.

“Jika perjanjian sedia ada sebanyak 35 juta gelen sehari tidak mencukupi, Johor sedia menawarkan bekalan tambahan berdasarkan harga yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Namun bekalan tambahan ini tertakluk kepada kemampuan Sungai Muar untuk membekalkan kuantiti tambahan itu,” katanya.

Di samping itu, Mohamed Khalid turut berharap agar kedua-dua negeri dapat melancarkan perjanjian bekalan air mentah itu dengan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Teknikal bagi membolehkan Johor dan Melaka sentiasa berhubung dalam usaha memastikan terma-terma perjanjian dilaksanakan. – BERNAMA
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Kuala Besut 51 pemuda dari kubu Umno sertai PAS

Harakahdaily  

Muhammad Faizal, 23 Jul 2013


BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.

Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.

"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di kubu kuat Umno itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.

Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.

"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.

"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.

"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.

Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.

"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan.
Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.
Read More..