Tampilkan postingan dengan label kuala. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kuala. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Februari 2014

Punca calon PAS kalah di Kuala Besut

Oleh The Malaysian Insider
July 25, 2013

BN menang dengan pertambahan majoriti pada PRK Kuala Besut 
BN menang dengan pertambahan majoriti pada PRK Kuala BesutANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.

 Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?
Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.
Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon ustaz dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.
Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?
Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.
Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah. – 25 Julai, 2013.
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Kuala Besut 51 pemuda dari kubu Umno sertai PAS

Harakahdaily  

Muhammad Faizal, 23 Jul 2013


BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)

Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.

Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).

"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.

"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di kubu kuat Umno itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.

Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.

"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.

"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.

"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.

Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.

"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.

"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan.
Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.
Read More..