Tampilkan postingan dengan label pemuda. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014
Perwakilan Pemuda PAS mesti cool jangan poyo
| Malaysiakini Nov 21 2013 |
Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang cool dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.
Perwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat poyo di mata masyarakat.
"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak cool di mata anak muda.
"Cool ini maknanya tidak poyo. Jadi ini adalah perkara yang disukai oleh anak-anak muda," kata beliau ketika membahas ucap utama ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.
Shazni, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, membandingkan ketokohan Pemuda PAS dengan pemimpin parti muda parti lain seperti Rafizi Ramli (PKR) dan Khairy Jamaluddin (Umno) yang dilihat menjadi magnet anak muda.

Rabu, 01 Januari 2014
Kuala Besut 51 pemuda dari kubu Umno sertai PAS
Harakahdaily
| Muhammad Faizal, | 23 Jul 2013 |
BESUT: Seramai 51 orang pemuda dari Kampung Nail menyertai PAS pada ceramah yang diadakan di Kampung Tok Saboh, malam tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long sebagai gimik penyertaan, mereka telah menyarungkan baju-t PAS kepada dua daripada 51 pemuda tersebut. (Gambar atas)
Ustaz Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan agar penduduk Kuala Besut tidak perlu takut untuk membuat perubahan baru kepada politik Terengganu.
Beliau meminta agar kesilapan lalu tidak diulangi lagi kerana memilih Barisan Nasional (BN).
"Saya ingin ingatkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak mengulangi kesilapan sebelum ini yang telah memilih BN, penyertaan anak-anak muda ini membuktikan PAS diterima oleh segenap lapisan rakyat.
"Kita juga tidak perlu takut untuk membuat perubahan memilih PAS, itu adalah hak kita untuk menjadikan Terengganu khususnya Kuala Besut menjadi lebih baik," ucap beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di kubu kuat Umno itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut meminta penduduk di Kuala Besut berfikir tentang apa yang telah dilakukan oleh BN sepanjang pemerintahan mereka.
Jelasnya lagi, Kuala Besut telah lama dimenangi BN, namun infrastruktur perbangunan terutama pelabuhan terus terpinggir berbanding Tok Bali, Kelantan yang lebih maju.
"Kita tak payah nak banding jauh-jauh, cukup dengan Tok Bali, mana lebih maju dari segi pelabuhan dan sudah pasti Tok Bali, Kuala Besut ini jauh ketinggalan.
"BN dah lama perintah sedangkan Tok Bali ditadbir oleh (kerajaan) PAS kenapa ia lebih maju, bila PAS memerintah pembangunan tetap diteruskan.
"Jadi penduduk di sini perlu pilih Che Long dari PAS, warga perlu berfikir positif dan ambil peluang ini," katanya lagi.
Tambahnya, undi merupakan satu amanah kepada mereka yang layak mengundi dan setiap wakil yang dipilih perlu mempunyai sifat yang bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
"Kita diberi tanggungjawab dalam memilih wakil, jadi tunaikan amanah yang diberikan itu dengan memilih calon yang dapat membela rakyat.
"Jangan tersalah pilih nanti rakyat akan menderita, dah lama BN perintah apa kita dapat, mereka tidak menjalankan tugas yang diberikan.
Jadi sebagai menyahut perubahan Che Long merupakan calon yang mempunyai kelayakan dalam apa yang rakyat Kuala Besut inginkan," sambung beliau.
Sebelum mengakhiri ucapan, beliau telah mengingatkan pengundi agar memilih calon yang mementingkan rakyat daripada diri sendiri dan bukannya calon yang mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri.

Sabtu, 21 Desember 2013
Pemuda dakwa SPR benar mengundi dua kali
| Malaysiakini Mei 21 2013 |
Seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa beliau berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.
Mohd Fadhli Khaharruddin dalam laporan Sinar Harian berkata, beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.
Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.
Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas menanggalkan dakwat kekal.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya dalam laporan itu.
Katanya, beliau menanggalkan dakwat berkenaan dengan mudah denga hanya menggunakan peluntur dan sabun.
Beliau menerima set kertas undi kedua tetapi tidak menanda kertas tersebut, katanya lagi.
Laporan Sin Chew Daily pula menyebut, beliau keluar dari pusat pengundian tersebut dengan membawa kertas undi berkenaan dan membuat aduan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bertugas yang merampas kertas undi terbabit.
Katanya, beliau membuat laporan polis pada jam 4.15 petang pada hari berkenaan, dan polis kemudiannya menghubunginya sebanyak dua kali untuk merakam kenyataannya.

Langganan:
Postingan (Atom)