Minggu, 02 Maret 2014
Browse »
home»
220
»
berlian
»
butir
»
telan
»
Telan 220 Butir Berlian
Telan 220 Butir Berlian
Telan 220 Butir Berlian - JOHANNESBURG : Seorang penyeludup menelan 220 butir berlian bernilai RM7 juta sebelum cuba menaiki sebuah pesawat, semalam.
Penyeludup warga Lubnan yang namanya tidak didedahkan dan berusia 25 tahun, ditahan ketika menaiki sebuah pesawat yang hendak berlepas dari Johannesburg ke Dubai.
Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa OR Tambo memberinya makan julap untuk memaksa berlian berkenaan keluar dari sistem penghadamannya.
Polis mengesahkan menahan suspek di pintu masuk selepas menerima maklumat.
“Lelaki itu sudah bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang dengan berlian di dalam perutnya.
“Pegawai kami menerima maklumat mengenai kegiatannya dan menahannya di lapangan terbang. “Dia kemudian dibawa untuk pemeriksaan dan kami menemui 220 berlian di dalam perutnya yang bernilai 20 juta rand (RM7 juta),” kata jurucakap polis, Paul Ramaloko.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan menelan berlian itu sebelum tiba di lapangan terbang atau menelannya kerana cemas selepas nampak polis di pintu masuk ke pesawat.
“Tidak wajar bagi kami untuk meramalkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.
Lelaki itu diperiksa secara menyeluruh sebelum berlian itu ditemui.
“Kami tidak pasti sama ada dia menelannya sebelum tiba di lapangan terbang atau ,ketika ditahan,” kata Ramaloko.
Suspek ditahan oleh pasukan unit elit polis Afrika Selatan, ‘Hawks,’ dan dijadual dihadapkan ke mahkamah esok.
Menurut Ramaloko, penahanan semalam adalah yang kedua selepas seorang lagi lelaki Lubnan berusia 27 tahun ditangkap di lapangan terbang sama Mac lalu. – DM
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar