Senin, 17 Maret 2014
Browse »
home»
antara
»
apa
»
ishak
»
remy
»
status
»
tiz
»
zaqyah
»
Apa Status Antara Tiz Zaqyah Remy Ishak
Apa Status Antara Tiz Zaqyah Remy Ishak
Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita tentang hubungan penyanyi wanita, Yunalis Zarai dan pelakon lelaki, Qi sudah pun berakhir.
Mereka meletakkan hubungan jarak jauh menjadi punca hubungan cinta antara mereka tidak dapat dikekalkan.
Bagaimanapun, kedua-dua artis itu masih lagi berharap dapat bercinta semula satu hari nanti.
Yuna dan Qi juga meletakkan ketentuan kepada Tuhan sekiranya mereka masih lagi mempunyai jodoh.
Terbaru, dua orang pelakon, Tiza Zaqyah dan Remy Ishak juga dilihat seakan-akan menyembunyikan status hubungan antara mereka.
Adakah mereka masih lagi bersama?
Pada 12 September lalu, Remy telah meluahkan perasaannya di laman sosial Twitternya.
Antara kenyataan Remy, dia memberitahu ‘hubungan’ sudah lama berakhir. Agak misteri juga.
“The relationship was gone a long time ago. I haven’t been involved with anything and everything,” tulis Remy.
Sementara itu, mengenai luahan Remy, Tiz pula enggan mengulas lanjut sejauh makna maksud yang cuba disampaikan oleh ‘kekasihnya’ itu.
“Saya tidak mahu komen hal peribadi. Apa yang ditulis Remy di Twitter itu hak dia. Siapa yang baca Twitter dia bacalah, saya tidak mahu komen mengenai tulisannya di Twitter,” kata Tiz.
Malah, Tiz juga meluahkan dia penat apabila kerap disoal mengenai hal peribadi.
Katanya, dia mahu orang ramai lebih mengambil tahu mengenai kerjayanya berbanding cerita peribadi.
“Sebenarnya, saya penat disoal soalan yang sama berulang kali. Jika boleh, saya mahu peminat menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya bukannya kisah peribadi,” katanya.
Namun, menerusi Kosmo Online, Remy tampil mendedahkan status hubungan mereka.
Remy berkata, hubungannya dengan Tiz sudah berakhir sejak tiga bulan yang lalu ekorang tidak ada lagi keserasian dalam mempertahankan hubungan cinta mereka.
“Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.
“Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut,” kata Remy.
Mengakui yang dirinya sedih dengan keputusan perit yang harus dibuat, Remy terpaksa menerima keadaan itu sudah ditetapkan oleh Tuhan.
Jadi, dia tidak mahu terus ‘mengikat’ diri Tiz memandangkan cita-cita bekas keasihnya itu terlalu tinggi dalam industri hiburan tanah air.
“Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius.
“Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya,” katanya.
Oleh: SORAYA IMAN @ MyNewsHub
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar