Minggu, 09 Maret 2014
Browse »
home»
ahad
»
cuti
»
johor
»
kekal
»
mahu
»
sektor
»
swasta
»
Sektor swasta Johor mahu kekal cuti Ahad

|
Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Tionghua Johor Bahru mengalu-alukan perubahan pada hari cuti di Johor dari Ahad kepada Jumaat, selagi status quo sektor swasta dan bank kekal.
Menurut presidennya Datuk Tan Seng Leong, langkah itu bermaksud kembali pada tahun 1994, apabila hari cuti Johor ditukar dari Jumaat kepada Ahad.
"Dalam tahun 90-an, sektor swasta di Johor bekerja Isnin hingga Jumaat manakala perkhidmatan awam dan sekolah-sekolah berehat adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
"Kami minta kerajaan membenarkan penyusunan yang sama sekarang," kata Tan, sambil menambah, sektor perniagaan tidak boleh dipaksa membayar upah kerja lebih masa kepada pekerja pada Jumaat.
Komen Tan itu dibuat ekoran jaminan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin bahawa terpulang kepada sektor swasta, sama ada untuk mengikuti pertukaran cuti itu ataupun tidak.
Bagaimanapun, Khaled tidak menyatakan sama ada syarikat yang beroperasi pada hari Jumaat akan dipaksa membayar pekerja mereka lebih masa.
Perubahan tak jejaskan perdagangan
Tan juga berkata, dengan mengekalkan status quo dalam sektor swasta, perubahan hari cuti tidak akan menjejaskan perdagangan luar, sama ada dengan Singapura atau negeri-negeri lain di Malaysia yang masih menjadikan Ahad sebagai cuti umum.
Menurut Tan, pemain dalam industri perhotelan menganggap perkara itu menguntungkan kerana pelanggan cenderung melanjutkan percutian daripada dua hingga tiga hari.
Justeru itu, katanya, tempahan hotel bagi majlis-majlis kerajaan pada tahun depan sedang dipindahkan dari hari Ahad ke Jumaat, manakala majlis swasta kekal pada hari Sabtu dan Ahad.
"Dengan pejabat-pejabat kerajaan dibuka pada hari Ahad, pekerja sektor swasta, terutama mereka yang bekerja di Singapura, boleh melakukan urusan tugasan mereka tanpa perlu mengambil cuti kerja.
"Kita juga akan menyaksikan kelancaran lalu lintas pada Ahad dan Jumaat, kerana tidak semua orang akan bekerja pada kedua-dua hari itu," katanya.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar