Jumat, 07 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » Fenomena Azraai jurulatih popular di Facebook

Fenomena Azraai jurulatih popular di Facebook


SH
MOHD FAHMI ISMAIL FOTO: Koleksi FB Azraai dan sumber carian Google
12 November 2012
Fenomena Azraai jurulatih popular di Facebook
Azraai (tengah) bersama pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011.
Fenomena Azraai jurulatih popular di Facebook
Laman Facebook milik Azraai.
DEMAM Facebook yang melanda masyarakat negara ini sejak beberapa tahun lalu menyebabkan Azraai Khor Abdullah turut menerima tempiasnya.

Namun, jurulatih yang baru menandatangani kontrak bersama pasukan Perak untuk saingan Liga Malaysia 2013 ini ada pandangan tersendiri.

Menurutnya, suasana bola sepak ketika ini yang mula mendapat sokongan ramai membuatkan peminat mahu mengikuti perkembangan lebih dekat pemain dan jurulatih.

“Saya tidak pasti berapa ramai jurulatih yang memiliki akaun laman sosial Facebook. Namun bagi saya, inilah medium terbaik untuk saya berinteraksi bersama peminat secara ‘online’.

“Melalui cara ini, saya dapat tahu apa luahan rasa hati peminat dan saya sedia terima apa jua kritikan yang membina,” katanya.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati akaun beliau sudah mencecah 5,000 peminat dan ini satu jumlah terbanyak bagi pengendali seperti Azraai di Malaysia.

Berani kerana benar

Menurut anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini, sudah menjadi lumrah apabila menjadi jurulatih untuk dikritik dan dipuji.

Begitu pun, bagi Azraai, beliau akan cuba menerapkan nilai murni kepada pemain supaya peminat tempatan tidak membuat andaian buruk.

“Kita tidak perlu takut jika berada di pihak yang benar,” katanya.

Selepas dua musim membimbing skuad Negeri Sembilan dengan memenangi gelaran Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih, Azraai membuat keputusan beralih ‘angin baru’.
Kesudian beliau ke Ipoh amat dialu-alukan seluruh penyokong Kejor Yob Kejor yang amat mengharapkan kejayaan.

Azraai tidak keseorangan kerana membawa Abdul Hadi Yahya (Terengganu), V Thirumurugan (Kedah), Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Yong Kuong Yong (Felda United).

“Saya percaya pemain ini mampu mengangkat martabat pasukan Perak sekali gus muncul skuad digeruni seperti zaman kegemilangannya,” katanya pernah mengecap nikmat merangkul gelaran double treble musim 2007 dan 2008.

  selengkapnya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar