Senin, 30 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Orang Meninggal Terpilih Jadi Datuk Bandar Mexico

Orang Meninggal Terpilih Jadi Datuk Bandar Mexico


  •  12 Julai 2013
Leninguer Raymundo Carballido Morales | AFP
 
 OAXACA, KOMPAS.com — Seorang lelaki yang telah disahkan kematiannya hampir tiga tahun lalu telah memenangi pemilihan untuk jawatan Datuk Bandar di Negara Bagian Oaxaca di Mexico selatan, pada 7/7/2013 . Lelaki itu, Leninguer Raymundo Carballido Morales, memenangi pemilihan di sebuah kota kecil San Agustin Amatengo dengan keunggulan 11 suara sebagai kandidat dari koalisi parti-parti konservatif dan sayap kiri.

Namun, kini para penyiasat memeriksa apakah Carballido Morales telah memalsukan kematiannya sendiri pada 2010 demi menghindari penangkapan terkait dengan pemerkosaan beramai-ramai terhadap seorang wanita pada 2004.

Carballido Morales nyata-nyata masih hidup telah berkempen dalam pemilihan itu. Ia muncul dalam acara-acara publik dan memberikan wawancara kepada para wartawan. Namun, dua hari sebelum pemungutan suara, harian lokal Tiempo de Oaxaca melaporkan bahawa peguam kandidat itu telah menyampaikan sekeping  surat kematian palsu kepada pihak berwenang pada 2010.

Dokumen itu, yang telah disahkan oleh seorang doktor, menyatakan bahawa Carballido Morales meninggal kerana "sebab-sebab alamiah" setelah koma akibat diabetes, lapor harian itu.

Iliana Araceli Hernandez, seorang pendakwa negara bagian untuk urusan kejahatan terhadap wanita, mengatakan bahawa pejabatnya meluncurkan  satu penyiasatan menyusul laporan tersebut guna menentukan apakah satu jenayah  telah dilakukan.

Pengarah Pencatatan Sipil Oaxaca, Aide Reyes, mengakui bahawa seorang petugas pelayanan masyarakat telah menandatangani dokumen itu dan bahawa pejabanya membuka sebuah penyiasatan.

Ketua Parti Revolusi Demokrat (PRD) yang berhaluan kiri, Rey Morales Sanchez, yang partinya menjadi sebahagian dari koalisi yang mendukung Carballido Morales, mengatakan kepada AFP bahawa jika datuk bandar terpilih itu melakukan jenayah, "Ia harus diganti".

Carbadillo Morales membuktikan sekali lagi bahawa dia masih hidup dan baik-baik saja pada malam sebelum pemilihan. Ia menulis di akaun Facebook-nya bahawa dia telah pergi ke pejabat pendakwa untuk meminta informasi berkaitan dengan kejadian yang terkait dengannya, yang benar-benar palsu.
Sumber : AFP
Editor : Egidius Patnistik

Tidak ada komentar:

Posting Komentar