Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label minta. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Angkara Anak Setan Minta Wang Tebusan 100 Ribu Konon Diculik


Angkara Anak Setan, Minta Wang Tebusan 100 Ribu Konon Diculik
Angkara Anak Setan, Minta Wang Tebusan 100 Ribu Konon Diculik - GOMBAK : Satu keluarga di Selayang di sini, terkejut apabila menemui nota yang antara kandungannya berbunyi ‘sila hantar RM100,000 dekat Sogo bulan Disember ini’ selain anak lelaki berusia 13 tahun hilang bersama wang RM5,000 serta Proton Gen.2 milik bapanya, semalam, menyebabkan mereka mengesyaki dia diculik lalu membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Menurut sumber polis, kehilangan remaja terbabit disedari bapanya berusia 40-an jam 7.20 pagi semalam.
“Bapa mangsa menyedari kehilangan anak lelakinya itu selepas terbaca nota berkenaan yang ditinggalkan di ruang tamu.
“Terkejut dengan penemuan nota berkenaan, bapa mangsa memeriksa kenderaannya dan mendapati keretanya lesap,” katanya.
Menurut sumber, bimbang dengan keselamatan anaknya, dia membuat laporan polis.
“Polis yang menerima maklumat itu menubuhkan pasukan khas dan tinjauan siasatan terhadap nota berkenaan timbul keraguan kerana tulisan nota itu sama dengan tulisan remaja lelaki terbabit.
“Polis mengesan remaja terbabit sebelum menemui Proton Gen.2 itu di sebuah pusat beli-belah jam 4 petang semalam, namun remaja itu tiada di situ,” katanya.
Menurut sumber, selepas sejam menunggu, remaja itu dilihat bersama tiga rakannya dan polis menahan mereka serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.
“Hasil soal siasat mendapati semua remaja terbabit membeli tiga basikal Fixie dan berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di ibu kota menggunakan wang dilarikan remaja terbabit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan penahanan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan. – Metro
Read More..

Sabtu, 01 Maret 2014

Lelaki Mengamuk Isteri Minta Cerai


BEIJING – Gara-gara bergaduh kerana mahu bercerai, seorang lelaki membunuh isterinya yang sedang hamil dan enam anggota keluarganya awal minggu ini.

Polis memberi penjelasan mengenai kejadian yang berlaku di wilayah barat laut China, Rantau Autonomi Ningxia Hui.

Pembunuhan itu berlaku pada Isnin minggu lalu dengan suspek utama dikenali sebagai Ma Yongdong, kata sumber biro keselamatan awam kepada media.

Ma ditahan pada malam Jumaat lalu di kota Wuzhong sebelum dihantar ke daerah Pengyang, lokasi kejadian petang keesokannya.

Suspek mengaku

Ma mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan mereka termasuk isteri dan dua anak saudaranya yang masih kanak-kanak, kata polis.

Mangsa selain isteri Ma termasuk ibu dan bapa mentuanya, datuk dan nenek serta dua kanak-kanak berusia tiga dan setahun.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di perkampungan Wengou, Pengyang, pada malam 14 Oktober lalu selepas Ma bergaduh dengan isterinya.

Penduduk kampung memberitahu pihak berkuasa, Ma diketahui sering bergaduh dengan isterinya, Lan Xiuying selama beberapa hari sebelumnya lagi selepas mangsa menuntut cerai daripadanya.

Pada masa sama, Ma juga diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu dan bapa mentuanya.

Sanak saudara Lan dilaporkan memberitahu agensi berita Xinhua bahawa Ma mengugut Lan dan dipetik sebagai berkata: “Jika Ente terus mendesak untuk bercerai, saya akan bunuh keluarga Ente.”

Ma, 24, mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Dia dan Lan berkahwin empat tahun lalu.

Mereka sering terbabit dalam pergaduhan kerana Ma juga ketagih berjudi hingga hilang kerja di sebuah syarikat perlombongan tempatan, kata sanak saudara Lan.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan kes berkenaan. – AGENSI
Read More..