Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Lelaki Mengamuk Isteri Minta Cerai


BEIJING – Gara-gara bergaduh kerana mahu bercerai, seorang lelaki membunuh isterinya yang sedang hamil dan enam anggota keluarganya awal minggu ini.

Polis memberi penjelasan mengenai kejadian yang berlaku di wilayah barat laut China, Rantau Autonomi Ningxia Hui.

Pembunuhan itu berlaku pada Isnin minggu lalu dengan suspek utama dikenali sebagai Ma Yongdong, kata sumber biro keselamatan awam kepada media.

Ma ditahan pada malam Jumaat lalu di kota Wuzhong sebelum dihantar ke daerah Pengyang, lokasi kejadian petang keesokannya.

Suspek mengaku

Ma mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan mereka termasuk isteri dan dua anak saudaranya yang masih kanak-kanak, kata polis.

Mangsa selain isteri Ma termasuk ibu dan bapa mentuanya, datuk dan nenek serta dua kanak-kanak berusia tiga dan setahun.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di perkampungan Wengou, Pengyang, pada malam 14 Oktober lalu selepas Ma bergaduh dengan isterinya.

Penduduk kampung memberitahu pihak berkuasa, Ma diketahui sering bergaduh dengan isterinya, Lan Xiuying selama beberapa hari sebelumnya lagi selepas mangsa menuntut cerai daripadanya.

Pada masa sama, Ma juga diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu dan bapa mentuanya.

Sanak saudara Lan dilaporkan memberitahu agensi berita Xinhua bahawa Ma mengugut Lan dan dipetik sebagai berkata: “Jika Ente terus mendesak untuk bercerai, saya akan bunuh keluarga Ente.”

Ma, 24, mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Dia dan Lan berkahwin empat tahun lalu.

Mereka sering terbabit dalam pergaduhan kerana Ma juga ketagih berjudi hingga hilang kerja di sebuah syarikat perlombongan tempatan, kata sanak saudara Lan.

Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan kes berkenaan. – AGENSI
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Suami Isteri Melecur Demi Anak

Kebakaran

KUCHING – Sepasang suami isteri bertarung nyawa apabila cuba menyelamatkan anak-anak mereka dalam insiden kebakaran rumah mereka di Kampung Lidah Tanah, dekat sini, awal pagi semalam.
Kedua-dua suami isteri itu mengalami kesan lecur kira-kira 50 peratus di bahagian badan akibat disambar api manakala keempat-empat anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Lelaki tersebut yang dalam lingkungan usia 40-an dan isterinya berusia 33 tahun, dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian ruang tamu itu disedari oleh anak mangsa yang seterusnya memaklumkan perkara itu kepada bapanya.
Bagaimanapun, setelah mereka berjaya melarikan diri melalui pintu belakang, lelaki tersebut masuk semula ke dalam rumah bagi menyelamatkan seorang lagi anaknya yang masih kecil.
Manakala wanita berusia 33 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.
Menurut sumber daripada Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dan Bau dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan jam 7 pagi dan tiba jam 7.20 pagi.
Kebakaran itu dapat dikawal jam 7.40 pagi dengan kekuatan tujuh anggota darip Balai Bomba Bau dan lapan dari Balai Batu Lintang.
Punca dan jumlah kerugian mangsa masih dalam siasatan. – The Borneo Post
Read More..