Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Maret 2014
Buaya Baham Lelaki Di Australia

DARWIN – Buaya sepanjang 4.8 meter membaham perenang berusia 26 tahun di sungai terkenal di Australia sambil orang ramai meraikan hari lahir rakan mereka, kata polis.
Mangsa dan seorang lagi lelaki sedang berenang di Sungai Mary dan berpatah balik apabila buaya itu menyerang.
“Beberapa orang dalam kumpulan ketika majlis hari lahir berkenaan menjadi saksi mangsa dibaham reptilia terbabit selama beberapa ketika dan kemudiannya hilang dari pandangan,” katanya. – AP
Sabtu, 01 Maret 2014
Lelaki Mengamuk Isteri Minta Cerai

BEIJING – Gara-gara bergaduh kerana mahu bercerai, seorang lelaki membunuh isterinya yang sedang hamil dan enam anggota keluarganya awal minggu ini.
Polis memberi penjelasan mengenai kejadian yang berlaku di wilayah barat laut China, Rantau Autonomi Ningxia Hui.
Pembunuhan itu berlaku pada Isnin minggu lalu dengan suspek utama dikenali sebagai Ma Yongdong, kata sumber biro keselamatan awam kepada media.
Ma ditahan pada malam Jumaat lalu di kota Wuzhong sebelum dihantar ke daerah Pengyang, lokasi kejadian petang keesokannya.
Suspek mengaku
Ma mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan mereka termasuk isteri dan dua anak saudaranya yang masih kanak-kanak, kata polis.
Mangsa selain isteri Ma termasuk ibu dan bapa mentuanya, datuk dan nenek serta dua kanak-kanak berusia tiga dan setahun.
Kejadian berlaku di kediaman mereka di perkampungan Wengou, Pengyang, pada malam 14 Oktober lalu selepas Ma bergaduh dengan isterinya.
Penduduk kampung memberitahu pihak berkuasa, Ma diketahui sering bergaduh dengan isterinya, Lan Xiuying selama beberapa hari sebelumnya lagi selepas mangsa menuntut cerai daripadanya.
Pada masa sama, Ma juga diketahui tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu dan bapa mentuanya.
Sanak saudara Lan dilaporkan memberitahu agensi berita Xinhua bahawa Ma mengugut Lan dan dipetik sebagai berkata: “Jika Ente terus mendesak untuk bercerai, saya akan bunuh keluarga Ente.”
Ma, 24, mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Dia dan Lan berkahwin empat tahun lalu.
Mereka sering terbabit dalam pergaduhan kerana Ma juga ketagih berjudi hingga hilang kerja di sebuah syarikat perlombongan tempatan, kata sanak saudara Lan.
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan kes berkenaan. – AGENSI
Minggu, 02 Februari 2014
Tragis ! Lelaki bawa tangannya yang putus di dalam beg plastik ke rumah sakit untuk disambung
22 Sep 2013
Seorang pekerja kilang datang ke sebuah rumah sakit dengan sebelah tangan, sementara tangannya yang putus dia simpan di dalam beg plastik kuning. Pekerja itu pengatakan tangannya terpotong oleh mesin besar, dia dengan tenang meminta kepada doktor untuk menyambungkan kembali lengannya yang putus tersebut.

Lelaki warganegara Romania, Miheal Ionescu (51), adalah seorang pekerja kilang beton di Iasi, Romania. Pada 11/01 tahun lalu tangannya putus akibat kemalangan yang terjadi ketika bekerja, dia kemudian memasukkan tangannya yang putus ke dalam beg plastik kuning, dan meminta rakannya memandu kereta menuju rumah sakit. Sembilan doktor berusaha dan 12 jam waktu yang dihabiskan untuk menyambung kembali tangannya yang putus. Salah seorang petugas Rumah Sakit St. John mengatakan, “ Orang tersebut mengalami goncangan hebat, namun itulah yang membuatnya tenang.” (**)
Langganan:
Postingan (Atom)