Senin, 17 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » Terhutang Budi Hero Serangan Di Kenya

Terhutang Budi Hero Serangan Di Kenya



EPISOD hitam serangan di sebuah pusat membeli-belah di Kenya pasti menjadi igauan pengunjung yang terselamat dalam kejadian itu.

Setakat ini, angka kematian rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara itu ialah seramai 67 orang.

Angka itu meliputi 61 orang awam dan enam pengawal keselamatan, manakala 63 orang lagi masih dilaporkan hilang.

Salah seorang pengunjung yang terselamat, Katherine Walton, 38, menceritakan pengalamannya kepada wartawan Daily Telegraph mengenai bagaimana beliau dan tiga anak perempuannya diselamatkan oleh seorang lelaki Muslim yang dikenali sebagai Abdul Haji.

Imej lelaki itu sedang menyelamatkan Katherine sekeluarga berjaya dirakamkan oleh seorang jurufoto dan menjadi sensasi sekelip mata, sekaligus mendedahkan identitinya.

Abdul Haji merupakan anak kepada bekas Menteri Keselamatan yang sememangnya dilatih untuk berhadapan dengan situasi genting sebegini oleh ayahnya.

Sewaktu serangan berlaku, Katherine sekeluarga bersembunyi di bawah meja dan sangat takut untuk menghampiri Haji yang cuba membawa mereka ke tempat selamat.

Bagaimanapun, anak perempuannya, Portia, 4, tiba-tiba keluar dan meluru ke arah lelaki itu sekaligus mendorong keluarganya untuk ikut sama.

Keberanian Haji telah berjaya membawa keluarga tersebut keluar dengan selamat dari pusat membeli-belah itu sekaligus menemukan Katherine dengan anak-anak lelakinya.

“Saya rasa saya kini berhutang dengan Haji satu atau dua pelukan,” ujarnya berseloroh.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar