Sabtu, 01 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » » Penjawat Awam Harus Sedia Tolak Sikap Berpuas Hati

Penjawat Awam Harus Sedia Tolak Sikap Berpuas Hati



KUCHING – Penjawat awam dan institusi awam harus bersedia untuk menolak sikap berpuas hati selain tidak melindungi zon selesa mereka demi memenuhi tuntutan serta harapan orang ramai, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata dalam konteks Malaysia, adalah amat jelas bahawa harapan orang ramai terhadap akauntabiliti dan keresponsifan menunjukkan peningkatan ketara dengan pengalaman dalam sektor swasta dan kepesatan pembangunan teknologi.

“Sebaliknya, kita harus menerima teknologi baharu; sistem yang cekap,kepelbagaian penduduk dan perkhidmatan yang ditambah nilai. Hanya selepas itu kita boleh menganggap diri kita sebagai bertanggungjawab dan responsif terhadap permintaan semasa,” katanya pada majlis makan malam mengalu-alukan peserta Persidangan Serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013 di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ali, yang juga Naib Presiden Capam, berkata sebagai pemimpin yang diamanah memastikan tahap tertinggi kebertanggungjawaban, profesionalisme, kebergunaan, kecekapan dan etika yang diamal serta disampaikan dalam perkhidmatan awam, mereka harus bersedia membuat keputusan sukar, jika perlu.

Persidangan tiga hari itu, yang berakhir Selasa ini, adalah untuk menggalakkan pembangunan dan pembaharuan perkhidmatan awam di negara Komanwel seiring perubahan masa serta sebagai tindak balas kepada cabaran semasa. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar