Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » » » Seorang Ibu Terbunuh Apabila Ambulans Bawa Anaknya Terbabas

Seorang Ibu Terbunuh Apabila Ambulans Bawa Anaknya Terbabas


Salam 1 Malaysia,




Nilah yang paling merisaukan apabila ambulans nak cepat ke hospital untuk bawa pesakit tetapi berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan dan menyebabkan nyawa lain pula yang terkorban. Memang kes naya betul macam nie. Al-fatihah untuk Allahyarham Norizah.


TAMPIN, (Bernama) -- Seorang ibu, yang menemani anaknya ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik, terbunuh apabila ambulans yang membawa mereka terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan, pukul 8 malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Norizah Bujang, 62, manakala anaknya, Moriem Tam Suhana Ahmad, 30, terselamat tetapi kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya.

Jurucakap polis berkata ambulans, yang dipandu seorang petugas dari Klinik Kesihatan Jelai, bersama seorang pembantu membawa Allahyarham Norizah yang menemani anaknya di bahagian belakang ambulan ke Hospital Kuala Pilah.

Katanya semasa melalui satu selekoh dekat Jalan Felda Bukit Rokan, ambulans itu terbabas sehingga remuk di bahagian hadapan.

"Norizah meninggal dunia di bahagian belakang ambulans dan anaknya terselamat tetapi masih kritikal akibat renjatan elektrik yang dialaminya," katanya.

Kedua-dua pemandu dan pembantu kesihatan pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan tangan.

Jurucakap polis itu berkata Moriem Tam Suhana terkena renjatan elektrik semasa menggunakan mesin jahit kira-kira pukul 7 malam di rumah mereka di Felda Jelai.

Allahyarham Norizah yang tinggal bersama anak perempuannya kemudian meminta bantuan seorang jiran untuk menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Jelai namun berikutan kecederaan Moriem Tam Suhana parah, mangsa terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Pilah menggunakan ambulans.

Adik perempuan Norizah, Azami Bujang ketika dihubungi Bernama pagi ini memberitahu, kakaknya meninggalkan suami serta tujuh orang anak dan jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Felda Jelai 3.

"Anaknya yang terkena renjatan elektrik ini merupakan anak keempat yang telah kematian suami dan mempunyai dua cahaya mata," katanya.

Semasa melawat anak saudaranya itu di Hospital Kuala Pilah, Moriem Tam Suhana sudah mampu bercakap tetapi difahamkan mangsa akan dipindahkan ke Hospital Seremban kerana mendapat kecederaan tulang akibat kemalangan itu, katanya.

sumber 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar