Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » » Kesan kekejaman rejim di Dataran Rabaah Adawiyah

Kesan kekejaman rejim di Dataran Rabaah Adawiyah


Harakahdaily 

Abu Marwan, 29 Ogs 2013


KAHERAH: Beginilah suasana di sekitar Dataran Raba’ah Adawiah. Tiada bahasa yang dapat digambaran apabila melihat sendiri kesan kemusnahan dan kebakaran terhadap Masjid Rabaa serta hospital sementara yang terletak bersebelahannya.

Dataran yang terletak di pinggir Kota Kaherah telah diserang dan dimusnahkan dengan kejam oleh beribu-ribu tentera dan polis khas junta tanpa sebarang perikemanusiaan.

Dataran bersejarah ini merupakan tempat berhimpun ratusan ribu penyokong Presiden Mohamad Morsi yang mendirikan khemah-khemah sementara serta tempat himpunan utama mereka selama hampir dua bulan yang lalu.

Kini hasil peninggalan serangan tentera dan polis yang ganas adalah Masjid Rabaa yang dibakar serta bangunan hospital sementara bersebelahan dengan masjid yang juga telah di bakar oleh mereka yang bertindak ganas terhadap rakyat awam yang tidak berdosa.

Tiada lagi hiruk pikuk anak-anak muda yang begitu sibuk menguruskan urusan di dataran ini setiap hari. Begitu juga dengan ibu-ibu dan muslimat yang amat bersemangat untuk terus kekal di Dataran Adawiah selagi Presidan Morsi tidak dikembalikan secara adil.

Datara Rabaa ini juga disediakan khemah-khemah sementara dengan pelbagai kelengkapan asas seperti kemudahan air, saluran elektrik serta makan minum yang sentiasa mencukupi kepada ratusan ribu yang berkumpul setiap hari. Malah pada hari minggu himpunan besar yang biasanya diadakan dianggarkan lebih 3 juta rakyat akan berhimpun.

Menurut saksi-saksi yang ditemui, operasi pembunuhan besar-besaran ini bermula jam 7.00 pagi tadi waktu Mesir.

Sebelum serangan itu, pihak berkuasa telah memutuskan semua bekalan elektrik dan pasukan tentera dan polis dilaporkan telah memulakan serangan dengan menggunakan kereta-kereta perisai, bulldozer serta menyediakan penembak-penembak tepat diatas bangunan-bangunan tinggi di sekeliling Datara Rabaa.

Saksi-saksi yang sempat ditemui juga memberitahu bahawa pasukan penembak tepat juga berada di dalam pesawat tentera yang melakukan penerbangan di ruang udara Raba’ah.

Polis khas yang di kerah di situ juga telah menembak gas beracun yang dahsyat di kawasan Rabaa termasuk ke dalam masjid dan hospital sementara Raba’a yang mnempatkan beratus-ratus orang awam yang tercedera.

Jumlah angka korban serangan kejam di Dataran Rabaa ini dianggarkan melebihi 3,000 orang awam yang tidak berdosa dan lebih 10,000 lagi dilaporkan cedera. Turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak dan ramai lagi di tahap kritikal dan dirawat di hospital-hospital sekitar Kaherah.

Iniah realiti kekejaman junta tentera yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Rakyat akan terus bangkit menentang kekejaman junta tentera walaupun dengan darah mereka.

Dataran Raba’a Adawiah kini menjadi lambang penentangan seluruh masyarakat dunia yang membantah keras kekejaman pembunuhan berdarah terhadap rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar