Minggu, 22 Desember 2013
Browse »
home»
10
»
bersama
»
hari
»
je
»
kami
»
masa
»
minit
»
scha
»
tiap
»
Scha 10 Minit Je Masa Kami Bersama Tiap Hari
Scha 10 Minit Je Masa Kami Bersama Tiap Hari
“10 minit je masa yang dapat kami luangkan bersama setiap hari.”Itulah antara kenyataan pelakon filem Awan Dania The Movie, Scha Al-Yahya apabila ditanya mengenai dirinya selepas berkahwin. Dia yang telah mendirikan rumahtangga bersama selebriti, Awal Ashaari turut mendedahkan bahawa kedua mereka masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.“Memang masing-masing susah hendak berjumpa. Kadang-kadang pagi saya pergi kerja, dia tidur. Bila saya balik petang, dia pula keluar pergi kerja. “Kami hanya dapat berjumpa betul-betul apabila sebelum tidur je. Berbual dalam 10 minit dan tidur,” jelas Scha ketika ditanya.Menyentuh pada spekulasi sebelum ini yang mengatakan Scha telah hamil, pelakon ini menafikan khabar angin tersebut dan mengaku dia bersedia untuk mempunyai anak bila-bila masa.“Biasalah bila dah kahwin, mesti akan ada orang tanya. Tapi bila dah dispekulasikan ni, baguslah, orang doakan juga.“Umur pun masing-masing dah lanjut. Saya tidak akan menolak jika hamil kerana saya sudah bersedia untuk bergelar ibu,” tambah pelakon berusia 29 tahun ini.Pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telah mendirikan rumahtangga pada 4 Mei 2012 selepas bercinta selama 3 tahun. – Ohbulan
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar