Jumat, 20 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » Kalimah Allah Mula Diguna Sebelum Keputusan Mahkamah!

Kalimah Allah Mula Diguna Sebelum Keputusan Mahkamah!



Seperti yang kita sedia maklum, keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Namun, terdapat ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digelar Penang Diocesan Migrant (DMM) dikesan mengambil kesempatan di atas isu itu dengan menggunakan kalimah Allah pada sebuah program anjuran mereka yang diadakan di Teluk Intan, baru-baru ini.

Gambar mengenai penyalahgunaan kalimah itu telah mula tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Perbuatan seumpna itu ternyata menunjukkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati undang-undang serta perasan masyarakat Islam di Malaysia.

Mungkin tindakan mereka itu sengaja mahu membakar hati atau bikin provokasi supaya isu tersebut menjadi lebih kontroversi dan hangat.

Diharapkan tiada ada pihak yang cuba menangguk air yang keruh di atas isu penggunaan kalimah Allah sebaliknya bersedia menghormati keputusan mahkamah.

Selagi keputusan mahkamah belum dicapai, tidak sewajarnya kalimah Allah digunakan secara berleluasa oleh penganut agama lain.

 Isu sensitif ini secara umum kronologinya terbahagi kepada tiga peringkat.

Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan memperbaharui permit penerbitan akhbarnya kepada kerajaan.

Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu.

Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik itu.

Majalah itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk ‘God’ dalam seksyen Bahasa Melayu, namun KDN dan kerajaan mewajarkan larangan penggunaan atas alasan keselamatan negara selain mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Panel Ketua Hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membayangkan keputusan rayuan itu akan diumumkan Oktober ini.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan The Herald daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ adalah salah, batal dan tidak sah.

Kerajaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 8 Julai, Gereja katolik itu, kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan kerajaan.

Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Antara lain mereka memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam The Herald adalah tidak sah.

Kontroversi tercetus apabila akhbar mingguan yang diterbitkan dalam empat bahasa itu, menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai merujuk kepada ‘God’ dalam The Herald terbitan bahasa Melayu terutamanya bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar