Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » Noh Sokong Keputusan Mizz Nina Berhijab

Noh Sokong Keputusan Mizz Nina Berhijab



MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui penyanyi Mizz Nina, 33, sudah kembali ke tanahair selepas mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Pemergiannya bersama suami, Noh Salleh, 29, sememangnya agak mengejutkan kerana mereka tidak pernah mencanang-canangkan perkara itu sebelum ini.

Isu ‘kejutan’ itu tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Mizz Nina dilihat mula memuat naik beberapa keping gambarnya di laman Instagram yang mengenakan hijab.

Memetik laporan Berita Harian, penyanyi itu belum bersedia untuk menemui pihak media bagi mengesahkan perhijrahannya.

Bagaimanapun, Noh yang dihubungi berkata beliau menyokong apa saja keputusan isterinya itu dan berbangga kerana ia adalah atas kerelaan Nina sendiri.

Ditanya mengenai genre muzik isterinya selepas ini, Noh berkata isterinya akur dengan hakikat itu dan meminta dia menghasilkan lagu yang sesuai dengan penampilan kini.

“Memang dia ada meminta lagu daripada saya sebelum ini dan saya akan cuba menunaikan permintaannya,” kata Noh.

Apapun, kita tunggu sahaja kenyataan dari Mizz Nina sendiri mengenai penampilan barunya itu, samada untuk sementara waktu atau sepenuhnya.

Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar