Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan
Senin, 03 Maret 2014
Inilah Wajah Suspek Pengawal Keselamatan Rompak Kedai Emas Yang Ditangkap Di LCCT

TAHNIAH kepada pasukan khas polis yang berjaya menyiasat dan seterusnya menahan susupek utama pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak, Khamis lepas.
Dia ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam.
Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah.
Kedua-dua lelaki yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan.
Suspek utama berusia 27 tahun itu mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan. Hasil siasatan lanjut, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Pandan Jaya.
Ia membawa kepada penemuan sepucuk pistol Smith and Wesson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai.

Suspek utama dan rakannya berusia 28 tahun itu menggunakan kad pengenalan palsu atas identiti dua lelaki Melayu tempatan.
Dalam kejadian Khamis lepas, seorang pengawal keselamatan lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api ke arah empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.
Kejadian yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit itu berlaku semasa pekerja premis itu sedang menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan mereka menyerahkan dulang berisi barang kemas berkenaan.
Dengan tangkapan itu, kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan kedai itu sendiri dianggap selesai.
Kelamrin, Bernama melaporkan dua lelaki ditahan dalam serbuan di Shah Alam dan Sentul bagi membantu siasatan kes samun kedai emas itu.
Rabu, 01 Januari 2014
Suspek Kes Tembak Mungkin Pembunuh Upahan
KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan seorang guru Sekolah Kebangsaan Beris Panchor yang ditembak semalam melibatkan pembunuh upahan, serta bermotifkan dendam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis sedang mengumpul maklumat berkaitan kejadian tersebut kerana mangsa difahamkan terlibat dalam perniagaan.
“Setakat ini maklumat yang kita terima ‘hearsay’ sahaja. Maklumat kata mangsa adalah seorang peniaga, tak bayar hutang, berjanji dengan orang tak betul, mungkin orang yang tertipu rasa marah. Langkah terbaik bila dia sakit hati, upah orang untuk tembak mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Jalaluddin berkata polis sukar mendapatkan saksi kes kerana masyarakat bimbang keselamatan diri terancam.
“Sama seperti beberapa kes-kes samun yang terjadi, kita tak pernah terima maklumat daripada masyarakat,” katanya.
Hashim Mat Zain, 43, juga guru muzik, terbunuh selepas terkena tiga das tembakan di bahagian dada dan bahu kanan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu, pukul 1.40 tengah hari semalam. – BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)