Tampilkan postingan dengan label ali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ali. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

ACCCIM Ali Rustam kan tewas di kawasan Melayu

Malaysiakini 9 Okt 2013

 
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa bekas menteri besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyalahkan orang Cina ekoran kekalahannya dalam pilihan raya umum lalu.

Presidennya Datuk Lim Kok Cheong berkata, Parlimen Bukit Katil, di mana Mohd Ali ditewaskan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan kawasan majoriti Melayu.

NONE"Pengundi Cina tidak harus dipersalahkan ekoran kekalahannya, kerana beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu," kata Lim.

Beliau mengingatkan Mohd Ali (kanan) bahawa pengundi Cina menyokong BN pada 1995, 1999 dan 2004 tetapi beralih arah daripada BN ekoran "kenyataan negatif yang sering dikeluarkan oleh beberapa kumpulan ultra kanan" dalam Umno.

Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.

Lim mengulas ucapan Mohd Ali yang dilapor dalam forum anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Sinar tak mau layan Ibrahim Ali sebab beliau dah tak relevan

Tidak perlu layan kenyataan Ibrahim Ali
Wartawan Sinar Harian
17 Disember 2012
 Datuk Hussamuddin Yaacub
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub
SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau jelik dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009
Read More..